

Search Results
681 hasil ditemukan dengan carian kosong
- Harimau kumbang 50kg masuk jerat
KUALA PILAH – Seekor harimau kumbang jantan berjaya ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap yang dipasang di Kampung Sungai Lapok, Sikai, di sini, malam Jumaat, lapor media hari ini. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan Faizal Izham Pikri berkata, kakitangan daripada Unit Kawalan Hidupan Liar (UKHM) telah menerima maklumat berkenaan kira-kira pukul 9 malam dan segera ke lokasi. “Kita tiba di lokasi kira-kira pukul 10.30 malam. Hasil pemantauan perangkap harimau kumbang di tempat kejadian mendapati terdapat seekor harimau kumbang dewasa jantan. “Perangkap ini dipasang pada 12 November lalu susulan kita menerima aduan kacau ganggu ternakan oleh harimau kumbang. "Harimau kumbang yang masuk ke dalam perangkap ini disahkan berada dalam keadaan yang sihat oleh doktor veterinar serta dianggarkan seberat 50 kilogram,” katanya di sini. Tambah beliau, harimau kumbang berkenaan telahpun dilepaskan semula ke hutan simpan yang jauh dari penempatan manusia.
- GRS, PH bakal bentuk kerajaan negeri Sabah
KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) akan membentuk kerajaan Sabah pada malam ini kerana kedua-dua parti itu dilaporkan telah memperolehi jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mencukupi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 kali ini. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh berkata, Pengarah Operasi PKR, Datuk Seri Amirudin Saari sedang mengadakan perbincangan dengan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung soal pembentukan kerajaan negeri oleh gabungan tersebut. GRS dipercayai menerusi keputusan tidak rasmi berjaya memenangi 29 kerusi DUN Sabah malam ini dan bersedia ke arah membentuk kerajaan negeri sekali lagi. “Insya-Allah kita cukup jumlah untuk membentuk kerajaan (Sabah) malam ini. Amirudin dan Hajiji (sedang berbincang) untuk membentuk kerajaan (Sabah) “PH berbesar hati kerana kita jadi sebahagian kerajaan yang akan dibentuk di Sabah,” katanya pada sidang media menjelang keputusan PRN Sabah Ke-17 malam ini di sini. - malaysiatoday.com.my
- Operasi cari anggota polis dihanyut arus deras ditangguh
SEPANG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota polis yang dihanyutkan arus deras sebelum dikhuatiri lemas selepas kereta Perodua Bezza dinaikinya terperangkap dalam banjir berhampiran Klinik Desa Giching, telah ditangguhkan pada hari ini. Operasi SAR itu akan disambung semula pada hari Ahad esok. Semasa kejadian, mangsa dipercayai cuba berpaut di tiang papan tanda jalan ketika cuba menyelamatkan diri sebelum dihanyutkan arus deras dalm insiden pada Jumaat. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, komander operasi memaklumkan siasatan mendapati seorang sahaja mangsa berada di dalam kereta ketika kejadian, bukan empat seperti laporan awal. “Pencarian dilakukan secara ‘water surface’ sejauh dua kilometer, manakala Unit Penyelam (PPDA) dari BBP KLIA menjalankan operasi selaman. Unit PPDA BBP Shah Alam turut dalam perjalanan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini. Tambah beliau, operasi pencarian hari ini dibahagikan kepada tiga sektor iaitu kawasan kampung berhampiran, kebun kelapa sawit dan pasukan PPDA JBPM menjalankan empat selaman serta pencarian dasar menggunakan teknik Harch Pattern. “Liputan pencarian melibatkan kawasan sepanjang lima kilometer, namun mangsa masih belum dijumpai sehingga operasi ditangguhkan pada pukul 6 petang. Operasi SAR akan disambung semula pagi esok,” tegas beliau.
- [TIDAK RASMI] PRN Sabah: Pas cipta sejarah tawan PDM Pulau Sepanggar – Nik Mohamad Abduh
PETALING JAYA – Pas mencipta sejarah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini. Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, buat pertama kali parti itu menawan Pusat Daerah Mengundi (PDM). “Pulau Sepanggar, PDM di DUN Karambunai ditawan oleh PAS-PN (Perikatan Nasional). Pertama dalam sejarah Pas Sabah. Tahniah,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini. Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, calon PN daripada Pas, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan sedang mendahului calon lain.
- [TIDAK RASMI] PRN Sabah: Presiden Warisan Shafie Apdal pertahan DUN Senallang
KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 hari ini. Keputusan tidak rasmi PRN setakat jam 7.45 petang tadi menunjukkan beliau mengalahkan tiga pencabar lain iaitu Datuk Marunda KK Ampong, 66, daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Mohd Lipai @ Samsu Sundalu, 56, mewakili Parti Impian Sabah (PIS) dan Abdul Majid Angkulan daripada Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA). Pada PRN16 lalu, Mohd Shafie menang dengan memperoleh 6,363 undi dengan majoriti 4,631 dalam saingan lima penjuru di kawasan DUN tersebut. Manakala semasa penggal pertamanya, beliau meraih 7,754 undi dalam persaingan dua penjuru, mencatat majoriti selesa sebanyak 5,301 undi di kerusi yang sama. Selain itu, calon Warisan lain, Jamil Hamzah, turut mencatat kemenangan di DUN Bugaya. Keputusan tidak rasmi juga menunjukkan Thien Ching Qiang dari WARISAN menang di DUN Tanjong Papat. - malaysiatoday.com.my
- [TIDAK RASMI] PRN Sabah: Hajiji pertahan kerusi DUN Sulaman
KOTA KINABALU - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 hari ini menyaksikan Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman yang sekian lama menjadi benteng politik beliau. Kemenangan di kubu tradisi itu bukan sekadar memperkukuh kedudukan Hajiji, malah menambah lonjakan sokongan terhadap GRS yang kini mengumpul sembilan kerusi dalam keputusan tidak rasmi setakat ini. Selain Sulaman, gelombang kemenangan GRS turut melanda lapan lagi kawasan iaitu Banggi, Membakut, Pitasan, Kemabong, Apas, Kuamut dan Sungai Manila. DUN Sulaman menyaksikan saingan lima penjuru, dengan penyandangnya ditentang calon muda dan muka baharu daripada Barisan Nasional (BN), Dr Shahnon Rizal Thaijuddin,Mokhtar Hussin (Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (PN) dan Pajudin Nordin (PIS). Dalam PRN Ke-16 yang lalu, Hajiji mempertahan kerusi DUN Sulaman sejak 1990 dengan menang majoriti 3,099 undi dalam saingan tiga penjuru. Semua 882 pusat mengundi di seluruh Sabah dibuka tepat jam 7.30 pagi tadi, melibatkan 3,558 saluran mengundi dan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 5.30 petang.- malaysiatoday.com.my
- Sabah Mengundi: Calon GRS, Tan Sri Pandikar Amin dahului di DUN Pintasan
KOTA KINABALU - Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilaporkan sedang mendahului di DUN Pintasan dengan 214 undi bersempena Hari Mengundi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 yang telah berlangsung pada hari ini Manakala beliau diikuti oleh calon Bebas Datuk Fairuz Renddan (Bebas) dengan 177 undi ditempat kedua sementara calon Warisan, Abdullah Otong memperolehi 101 undi, Tadzul Radim (Barisan Nasional) dengan 39 undi dan Datuk Almudin Kaida (KDM) 31 undi. Awang Saleh Makmud (PN) masing-masing mendapat 5 undi, seorang lagi calon Bebas Syarif Mohd Shukree Danchingan dan Manakala Lomog Rudin @Efejus Rudin (PIS) masing-masing mendapat 3 undi. Sementara, dua lagi calon Bebas, Tajuddin Padis, Mohd Rizal Saiman dan Raplim Samat (STAR) belum menerima sebarang undi. Keputusan PRN dijangkakan bermula 10 malam ini dan keputusan penuh dijangkakan diperolehi 12 tengah malam ini.
- Dakwaan rasuah: Shamsul Iskandar, Albert Tei direman enam hari
Albert Tei (kiri) dan Shamsul Iskandar direman selama enam hari di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi Sabtu. Foto Kredit:Berita Harian PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini dibenarkan direman selama enam hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pagi Sabtu. Perintah itu dikeluarkan Majistret Fatin Muneerah Sofian dalam prosiding di hadapannya hari ini selepas permohonan reman dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Ia bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 membabitkan kes klip video yang memaparkan perbualan antara seorang wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong dan seorang ahli perniagaan, Albert Tei. Peruntukan mengikut Seksyen 16 menyebut tentang kesalahan meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima rasuah dan membabitkan kesalahan secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan atau dorongan. Peguam Yusmadi Yusoff yang mewakili Shamsul Iskandar ketika ditemui media di pekarangan mahkamah berkata, perintah reman selama enam hari diberikan mahkamah selepas mengambil kira anak guamnya memerlukan rawatan bagi pelbagai penyakit dihidapinya. "Pihak pendakwa SPRM memohon tujuh hari, namun selepas mendengar hujah peguam, majistret mempertimbangkan banyak perkara, antaranya sebab kesihatan Shamsul Iskandar yang memerlukan rawatan untuk masalah jantung, kencing manis dan darah tinggi," katanya. Tambahnya, pihaknya juga mengemukakan laporan perubatan milik Shamsul Iskandar daripada Institut Jantung Negara (IJN) kepada mahkamah semasa proses permohonan reman tersebut berlangsung. Justeru kata beliau, pihaknya berharap siasatan terhadap Shamsul Iskandar dapat segera diselesaikan seperti dikatakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan petang Jumaat. "Anak guam saya telah memberikan kerjasama sepanjang dipanggil pihak SPRM. "Pada masa sama, tindakan Shamsul Iskandar melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri mencerminkan sikap beliau yang mahu mengambil tanggungjawab dalam membersihkan namanya," ujarnya lagi. Tegas beliau, pihaknya menyangkal dakwaan segelintir pihak anak guamnya itu melepaskan jawatan kerana bersalah. Terdahulu, pada satu lagi prosiding berasingan, ahli perniagaan Albert Tei yang ditahan semalam di Puchong turut direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung klip video yang memaparkan perbualan antaranya dengan wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong. Perkara itu disahkan peguamnya, Mahajoth Singh yang menemui pemberita di luar mahkamah. Terdahulu, Albert Tei dan Shamsul dibawa ke mahkamah bagi proses permohonan reman oleh SPRM menaiki van. Kedua-dua mereka dibawa dalam keadaan kedua-dua tangan bergari di hadapan dan berpakaian lokap berwarna jingga. Shamsul hanya berdiam tetapi Albert Tei menjerit sambil berkata" inilah akibat melawan pemimpin tertinggi, memalukan saya, seluruh tindakan mereka siapa lagi berani melawan salah laku mereka,". - malaysiatoday.com.my
- Sabah Mengundi: SPR jangka keputusan PRN menjelang 12 tengah malam
PAPAR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu memberitahu bahawa keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah dijangka diketahui pada pukul 12 tengah malam ini. Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata bagaimanapun, keputusan awal boleh diterima bermula dari pukul 10 malam nanti. “Kita menjangkakan keputusan awal boleh terima sekitar pukul 10 malam. "Manakala semua keputusan penuh PRN Sabah kita boleh terima pukul 12 tengah malam ini,” katanya pada sidang media selepas meninjau proses mengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK) Kawang pada Sabtu. Dalam perkara sama, Ramlan turut menambah bahawa SPR kini sudah menyediakan logistik termasuk helikopter di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memudahkan tindakan membawa peti undi dari kawasan pulau serta pedalaman ke pusat penjumlahan undi yang ditetapkan. Menurutnya, SPR boleh menerima peti undi dari kawasan tersebut lebih awal memandangkan PDM ditutup seawal pukul 12 tengah hari. - http://malaysiatoday.com.my
- Pemandu maut dalam nahas tiga lori dekat Lebuhraya Juru
Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas dalam kejadian berhampiran Juru. kredit:JBPM SEBERANG PERAI - Seorang pemandu lori dilaporkan maut selepas lori jenis bound yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan dua buah kontena di Kilometer 146, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), menghala ke utara dekat Juru, pagi Sabtu. Mangsa yang dikenal pasti berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi nahas akibat tersepit di tempat duduk pemandu lori yang dipandunya. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kemalangan itu jam 5.52 pagi tadi. Katanya, bertindak atas maklumat itu sepasukan anggota penyelamat telah bergegas ke lokasi kejadian tersebut. "Operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai diketuai Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan I, Shahrul Munawer Taharem@Tahrin. "Pemeriksaan mendapati berlaku kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan terdiri sebuah lori bonded yang berada di belakang dua lori kontena jenis Scania serta Isuzu. "Terdapat tiga mangsa yang terlibat yang mana pemandu lori bonded telah tersepit di ruang pemandu, manakala dua pemandu kontena berusia 41 dan 57 tahun selamat selepas berjaya keluar sendiri," katanya di sini. Tambah beliau, kedua-dua pemandu kontena didapati tidak mengalami sebarang kecederaan dalam nahas tersebut. Malah katanya, mangsa pemandu lori bound yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas pada pukul 6.29 pagi tadi. "Bagaimanapun, mangsa didapati sudah meninggal dunia di lokasi nahas. "Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," tegasnya lagi.- malaysiatoday.com.my
- 17 penjawat awam antara 201 lelaki ditahan di 'Sauna Gay' disyaki aktiviti tidak bermoral
FOTO KREDIT BERNAMA 17 penjawat awam antara 201 lelaki ditahan di 'Sauna Gay' disyaki aktiviti tidak bermoral KUALA LUMPUR - Sebuah pusat gimnasium dan sauna yang disyaki menjadi sarang untuk lelaki gay melampiaskan nafsu songsang sejenis berjaya dibongkar pihak berkuasa di ibu negara. Hasilnya, seramai 17 penjawat awam, remaja dan warga emas antara 201 pengunjung lelaki ditahan dalam serbuan tergempar ke atas premis tersebut di Chow Kit malam tadi. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Azani Omar berkata, premis berkenaan disyaki beroperasi setiap hari sebagai sarang aktiviti tidak bermoral itu sejak lapan ke 10 yang bulan lalu. Menurutnya, serbuan dijalankan Pasukan KL Strike Force Polis Kuala Lumpur bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) susulan proses risikan yang dilaksanakan selama dua minggu yang lalu. "Kita telah menahan seramai 24 warga asing, manakala selebihnya warga tempatan termasuk 17 penjawat awam yang berusia antara 19 dan 60 tahun yang mana 80 orang yang ditahan merupakan beragama Islam. "Malah, pemeriksaan lanjut polis juga berjaya merampas sejumlah kondom dan beberapa barangan berkaitan aktiviti tidak bermoral," katanya pada sidang media di lokasi serbuan di sini lewat malam tadi. Tambah beliau, hasil siasatan polis juga mendapati premis itu dijadikan pusat bagi golongan lelaki terbabit bertemu dan bertukar pasangan bagi melakukan perbuatan seksual songsang. Justeru katanya, setiap pengunjung dikenakan caj RM35 untuk masuk ke premis dan tambahan RM10 bagi pendaftaran buat pelanggan kali pertama menerusi media sosial. Dalam pada itu pemerhatian semasa serbuan itu mendapati premis itu mempunyai bahagian bawah yang dijadikan sebagai gimnasium, manakala tingkat atas sebagai sauna lengkap dengan tab mandi khas. Turut difahamkan bahawa premis berkenaan turut menyediakan sebuah bilik khas digelar 'dark room'. Setiap pengunjung pula perlu menanggalkan pakaian dan hanya dibenarkan memakai tuala putih yang disediakan di premis terbabit. Mengulas lanjut Mohd Azani turut memberitahu bahawa secara keseluruhannya seramai 201 pengunjung dan tujuh pekerja premis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.- malaysiatoday.com.my
- Sabah Mengundi: Presiden PBRS calon terawal selesai mengundi
KOTA KINABALU - Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menjadi antara calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang terawal hadir menunaikan tanggungjawab demokrasi sebagai pengundi pada hari ini. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook telah selesai mengundi di Sekolah Pekan Ansip, Sook sebaik sahaja pusat mengundi itu dibuka tepat jam 7.30 pagi Sabtu. Arthur berdepan dengan pertandingan lima penjuru di DUN Sook yang mempunyai sebanyak 20,349 pemilih berdaftar menurut Suruhanjaya Pilihan Raya. Sook adalah antara tiga DUN dalam Parlimen Pensiangan. Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.- Bernama



![[TIDAK RASMI] PRN Sabah: Pas cipta sejarah tawan PDM Pulau Sepanggar – Nik Mohamad Abduh](https://static.wixstatic.com/media/ca112f_9499ccda0bd34c6ca0098b45849cd80e~mv2.jpeg/v1/fit/w_176,h_124,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,blur_3,enc_auto/ca112f_9499ccda0bd34c6ca0098b45849cd80e~mv2.jpeg)
![[TIDAK RASMI] PRN Sabah: Presiden Warisan Shafie Apdal pertahan DUN Senallang](https://static.wixstatic.com/media/ca112f_33a1d283058a4544ba69b4566ec56980~mv2.webp/v1/fit/w_176,h_124,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,blur_3,enc_auto/ca112f_33a1d283058a4544ba69b4566ec56980~mv2.webp)
![[TIDAK RASMI] PRN Sabah: Hajiji pertahan kerusi DUN Sulaman](https://static.wixstatic.com/media/ca112f_54c351e23aa844d5b923078fd545c49d~mv2.webp/v1/fit/w_176,h_124,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,blur_3,enc_auto/ca112f_54c351e23aa844d5b923078fd545c49d~mv2.webp)





