top of page


All Posts


Harimau Malaya huni ranking ke-116 dunia FIFA
KUALA LUMPUR - Kemelut luar padang yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menjejaskan momentum skuad Harimau Malaya apabila terus mencatat peningkatan dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Dalam kemas kini terbaharu yang dikeluarkan lewat malam tadi, skuad bimbingan Peter Cklamovski itu melonjak dua anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-116, berbanding tempat ke-118 pada bulan lepas. Sebagai rekod, Malaysia berada di kedudukan ke-131
BERNAMA
20 Nov 20251 min membaca


'Bas sekolah' bawa pelajar tanpa cukai jalan, pemandu tidak berlesen kantoi
Sebuah bas yang diubahsuai dan membawa pelajar sekolah tanpa cukai jalan, pemandu tidak berlesen disita JPJ Selangor. FOTO:Ihsan JPJ HULU SELANGOR – Tindakan berani sebuah kenderaan perdagangan yang bergerak di atas jalan sebagai bas sekolah tanpa cukai jalan serta pemandu yang tidak berlesen memandu berputih mata apabila ditahan dan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor. Tindakan itu diambil JPJ menerusi Ops Khas Kenderaan Perdagangan yang dijalankan di Persiaran
Editorial
20 Nov 20251 min membaca


Jangan pulau, bekas penagih layak jalani kehidupan lebih baik
Ruslin berucap di program Ramah Mesra Ketua Pengarah AADK bersama Media 2025 di Putrajaya. FOTO: Ihsan AADK PUTRAJAYA - Setiap insan di dunia ini layak hidup bermasyarakat, jika kita pulaukan bekas penagih yang pulih dari rawatan tanpa memberikan peluang kedua untuk insaf dan hidup berkeluarga serta bermasyarakat, siapa lagi akan membela insan ini? Itu harapan tinggi dan seruan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh kepada masyarakat agar beka
Editorial
20 Nov 20252 min membaca


Bahana rakam wanita, video lucah: Penjawat awam dicekup
Penjawat awam kantoi dicekup polis miliki video lucah dan rakam wanita TEMERLOH - Tindakan seorang penjawat awam yang dikesan merakam video seorang wanita secara 'curi' di Pekan Sehari Temerloh dalam insiden pada 9 November lalu sebelum video itu tular di media sosial akhirnya memakan diri apabila diberkas polis. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron sambil mengesahkan maklumat itu berkata, suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan polis pada har
S.KUMARA
20 Nov 20251 min membaca


Nahas R&R Juru: 2 rakan temui ajal rempuh lori muatan buah
Anggota bomba sedang mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam nahas di kawasan R&R Juru,Pulau Pinang malam tadi. SEBERANG PERAI – Hasrat dua rakan karib yang ingin pulang ke rumah selepas selesai menjamu selera bersama berakhir dengan tragedi menyedihkan apabila maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka merempuh dengan sebuah lori yang membawa muatan buah. Insiden menyayat hati itu menimpa mangsa di Kilometer 141.5 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampir
S.KUMARA
20 Nov 20252 min membaca


Lelaki mati ditembak di restoran
SEREMBAN - Seorang lelaki dilaporkan maut disyaki ditembak dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan di sini pada Rabu. Menurut maklumat orang awam, sebelum kejadian berlaku mangsa dikatakan sedang makan di restoran berkenaan sebelum didatangi dua kenderaan. Mangsa kemudian dilihat berlari ke seberang jalan dan orang awam turut mendengar bunyi tembakan sebelum mangsa dilihat rebah. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner
Editorial
20 Nov 20251 min membaca


Kami hormati keputusan MIC mahu keluar BN - Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional menghormati keputusan parti komponen ketiga terbesar komponen itu, MIC yang membuat keputusan untuk meninggalkan gabungan itu selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan. Pengerusinya, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata,beliau menghomati sepenuhnya segala keputusan yang dibuat perwakilan dan kepimpinan tertinggi MIC dalam Perhimpunan Agung parti itu yang diadakan 16 November lalu di Shah Alam. Presiden UMNO itu juga menjelaskan b
S.KUMARA
19 Nov 20252 min membaca


Lelaki hanyut di Pintasan Saloma: Kenderaan dinaiki mangsa ditemui
Kenderaan pacuan empat roda dinaiki mangsa hanyut di sungai berhampiran Pintasan Saloma akhirnya ditemui hari ini. KUALA LUMPUR - Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang hanyut bersama seorang lelaki dalam insiden kepala air di Sungai Klang berhampiran Jambatan Saloma akhirnya berjaya ditemui kira-kira 1.5 kilometer (km) dari lokasi asal kejadian pada Rabu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan bahaw kenderaan mangsa
S.KUMARA
19 Nov 20251 min membaca


Perang PRN Sabah: Bung Menteri paling gagal dalam peradaban manusia - Amizan
Amizan Mohd Ali TAWAU - Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali mendakwa Datuk Seri Bung Moktar Radin adalah menteri paling gagal dalam sejarah peradaban manusia. Dakwa Armizan, kegagalan bekas Menteri Kerja Raya (KKR) Sabah itu menyebabkan kerajaan GRS kerugian dua tahun memulihkan Sabah. Ujar beliau, kegagalan itu dapat dilihat jelas melalui isu air dan elektrik yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan. "Semasa dua tahun Bung Moktar men
Editorial
19 Nov 20252 min membaca


Pemandu wanita selamat dalam insiden kereta dihempap tiang besi ECRL
Wanita terselamat selepas kereta dipandunya dihempap tiang besi ECRL dalam insiden di Gombak semalam. GOMBAK – Polis hari ini telah mengesahkan bahawa seorang pemandu wanita yang terlibat dalam insiden sebuah kereta dihempap tiang besi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Batu Caves pada Selasa terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihakny
S.KUMARA
19 Nov 20251 min membaca


Pemain warisan tidak semak rekod keturunan
KUALA LUMPUR - Tujuh pemain warisan mengakui tuntutan mereka mengenai asal-usul keturunan Malaysia secara amnya berdasarkan maklumat lisan bukan rekod yang disahkan, menurut alasan bertulis atau motivated decision setebal 63 muka surat yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Selasa. Pemain terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, dan Hector Hevel. Berdasarkan alasan bertulis
BERNAMA
19 Nov 20252 min membaca


Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia kekal rekod bersih, tewaskan Nepal
Harimau Malaya tewaskan Nepal 1-0 dalam aksi Kumpulan F Piala Asia 2027 di Bukit Jalil semalam. SKUAD bola sepak negara menewaskan Nepal 1-0 pada perlawanan kelima aksi Kumpulan F kempen Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini. Kemenangan ke atas Nepal menyaksikan pasukan negara mengekalkan rekod tanpa kalah selepas lima perlawanan untuk mendahului Kumpulan F dengan mengumpul 15 mata, diikuti Vietnam di tempat kedua (sembilan mata), Laos k
BERNAMA
19 Nov 20251 min membaca


Skandal pejabat hingga 'check in' hotel, pasangan suami isteri orang dicekup berkhalwat
Pasangan suami isteri orang ditangkap berkhalwat KLUANG – Pasangan rakan sekerja yang masing-masing berstatus suami dan isteri orang dicekup Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini pada Selasa. Menurut kenyataan JAINJ, serbuan dilakukan kira-kira jam 10 pagi selepas penguat kuasa menerima maklumat mengenai pergerakan mencurigakan pasangan terbabit. "Ketika serbuan, televisyen di dalam bilik dipasang kuat sehingga boleh
Editorial
19 Nov 20251 min membaca


Peka perubahan tingkah laku, tekanan emosi anggota - KPN
Mohd Khalid Ismail KUALA LUMPUR - Kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penyelia di semua peringkat diseru supaya lebih peka terhadap tanda-tanda kemurungan, tekanan emosi serta perubahan sikap pegawai dan anggota bawahan. Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, isu kesejahteraan mental sering berpunca daripada bebanan kehidupan dan tekanan melampau yang jika tidak ditangani awal boleh menjejaskan prestasi serta disiplin warga pasukan. "Diharapkan agar
EDITOR
19 Nov 20251 min membaca


PRN ke-17 Sabah: Seramai 596 calon daripada 24 parti bertanding
Pertandingan 6 penjuru berlaku melibatkan 13 DUN di PRN Sabah kali ini menyaksikan jumlah paling besar kali ini. KOTA KINABALU – Seramai 596 calon bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 Sabah pada 29 November ini. Kesemua calon itu mewakili 24 parti ;politik serta calon Bebas disahkan layak bertanding selepas proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi pada Sabtu minggu lalu. Proses penamaan calon berlangsung serentak di 25 Pusat Penamaan Calon (PPC) melibatkan 73 ke
Editorial
19 Nov 20251 min membaca


Lelaki Nepal, liwat, campak kucing dari flat direman
Suspek Nepal ditahan liwat dan campak kucing dari flat SHAH ALAM - Tindakan jijik seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, di sini, kelmarin akhirnya diberkas polis. Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, polis menerima satu laporan 12.30 pagi yang dibuat oleh salah seorang penghuni pangsapuri berkenaan. "Siasatan mendapati, pengadu bersama suaminya yang
Editorial
19 Nov 20251 min membaca


Remaja antara tiga suspek ditangkap kes tembak mati lelaki SOSMA di Klang
Tiga suspek termasuk remaja ditangkap membaantu kes tembak lelaki rekod SOSMA di Klang Oktober lalu Remaja antara tiga suspek ditangkap kes tembak lelaki rekod SOSMA di Klang SHAH ALAM – Seorang remaja antara tiga suspek lelaki berjaya diberkas oleh polis untuk membantu siasatan kes tembak mati seorang lelaki yang memiliki rekod jenayah bawah SOSMA di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang dekat sini Oktober lalu. Ketua Polis Selangor Komisioner Datuk Shazeli Kahar berka
S.KUMARA
14 Nov 20252 min membaca


PRN Sabah: Polis kenal pasti 15 kawasan panas
KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia telah kenalpasti 15 kawasan panas menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN17) 29 November ini. Kira-kira 9,300 pegawai dan anggota polis ditempatkan di seluruh negeri untuk memastikan keselamatan terkawal di 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, jumlah itu termasuk 4,300 anggota yang bertugas khusus untuk Hari Penamaan Calon esok di
Editorial
14 Nov 20251 min membaca


7 penguat kuasa direman berkait program pemutihan pendatang asing
PUTRAJAYA - Seramai tujuh pegawai agensi penguat kuasa ditahan reman mulai Khamis selepas disyaki terlibat rasuah bagi mempercepat proses permohonan program pemutihan pendatang asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK). Perintah reman selama tiga hari bermula Khamis sehingga Sabtu ini terhadap mereka telah dikeluarkan oleh Majistret Izra Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pad
S.KUMARA
14 Nov 20251 min membaca


Stor peralatan sukan di SMK Jalan 3, Bangi hangus terbakar
Gambar Hiasan KUALA LUMPUR - Sebuah stor yang menyimpan peralatan sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan 3 Bangi di sini telah musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku pagi Jumaat. Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. Katanya, pihak bilik gerakan bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.5
S.KUMARA
14 Nov 20251 min membaca
bottom of page